
Sejarah SK Bandar Baru Salak Tinggi
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi ditubuhkan pada 1 Julai 1996 dan mula beroperasi pada 15 Julai 1996. Pada awal penubuhannya sekolah ini menerima sejumlah 290 orang murid daripada sekolah yangberdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan Salak. Kini jumlah murid sekolah ini melebihi 1000 orang.
Sekolah ini merupakan sebuah sekolah Gred A Kategori Bandar. Keluasan kawasan sekolah kira-kira 8 ekar. Ianya terletak di Lot PT 3730 Bandar Baru Salak Tinggi iaitu bersebelahan dengan kuarters kakitangan PejabatDaerah Sepang, Sekolah Menengah Seri Sepang dan taman-taman perumahan.
MATLAMAT & FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
- Melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
- Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
- Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
- Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan Tuhan.
Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab berketrampilan, berakhlak mulia, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Guru-guru SeBaTi
“Guru yang baik adalah alasan mengapa murid biasa bermimpi untuk melakukan hal yang luar biasa…”

NORHIDAYU BINTI MOHD YUSOFF

KHAIRUL IKHWAN BIN ABD RAHIM

ZARINA BINTI HJ ABDUL HAMID
